Tuesday, October 20, 2009

Nak lulus CW (1) - Pilih software CW

Tahukah rakan-rakan berapa banyak software/program yang pernah digunakan bagi mendapatkan rhythm CW yang sesuai bagi diri sendiri.

Terdapat 3 senarai software yang pernah saya gunakan sejurus selepas Ujian CW penggal pertama 2009. Saya mulakan awal bermain dengan software-software ini dalam masa dua hingga 3 hari bagi mendapatkan rentak yang sesuai. Dan akhirnya saya gunakan CW PLAYER berdasarkan kepada sistem pembelajaran yang boleh dikatakan sistematik mengikut kemampuan diri dan menerima nasihat dari beberapa rakan 9M.

1) G4FON Koch Method CW trainer Ver 9 (download)



2) Morse Code 4.1.3(download)



3) CW PLAYER (download)



software= perisian

Thursday, October 8, 2009

Keramat CW 7 OKTOBER 2009





Appreciation awards goes to:

1) 9M2RS - thumbs up and thanks for lend me your 1949 keyer.

2) 9M2AZ - thanks for sharing your CW MP3 audio

3) 9M2ADI - thanks 4 being my tutor,sifu..

4) 9M2JEN - thanks for your tips and advices

5) 9M2MZR - thanks for ur support

6) 9M2AUR - thanks for your CW Quiz

7) 9M6WST - thanks for you advice

8) 9M2ALL - thanks for you advice and supports

9) 9M2MGL - your inspired me a lot based on your blog writing.

10) 9M2AR - an advice to us, " You're not only a ham operator, BUT you were also an ambassador of MALAYSIA" .

11) Wilayah V17 Members

Tuesday, October 6, 2009

Mental atau Mentol dan Mentor


Buat masa ini apabila melihat kali ini ramai rakan-rakan yang berani untuk mencuba ujian CW kali 2 tahun 2009, hati mula teruja dan seronok.....tetapi jauh di dalam hati....masih lagi tertanya-tanya....adakah aku sudah betul-betul bersedia atau sebaliknya?????


Benarlah kata rakan-rakan yang lulus ujian CW, ujian seperti ini memerlukan kita betul-betul fokus dan sentiasa konsisten. Suka atau tidak, sibuk atau sangat sibuk, ada masa atau tidak itu adalah menjadi perkara sampingan berpandukan pada niat. Separuh badan kata......TERUSKAN BRO....separuh lagi....HANG YAKIN KAAA....


Tapi seperti tajuk atas....persiapan mental kena kuat....kalau tidak jadi mentol ...itu le...


Last but not least......belasah je....aku bayar RM50...lulus aku dapat...tak lulus pun aku dapat...jadi....tiada istilah rugi....try sampai lulus....ada orang lihat kita boleh dari luaran....tapi dalaman masih lagi berlawan dengan diri sendiri.


To all my mentors, really appreciate your valueable advice and endless support. It was great to have friends like you guys.


So i will be in a battle tomorrow, wish me luck guys.. 73


Sunday, October 4, 2009

MALAYAN RAILWAY 1949

Pada pandangan anda sendiri, apakah jenis komunikasi yang digunakan oleh Keretapi pada tahun 1949?


Bagaimana setiap keretapi yang melalui sesuatu kawasan hendak melaporkan kepada stesen berikutnya kedudukan sebenar pergerakan keretapi tersebut ?


Apabila saya bertandang ke rumah 9M2RS baru-baru ini untuk meminjam set CW Keyer bagi persediaan Ujian CW akan datang, saya dipinjamkan set seperti gambar dibawah.


Apabila dilihat secara dekat , terukir M.R 1949. Apa yang saya faham pada masa itu adalah buatannya pada tahun 1949 sahaja , tetapi maksud M.R masih kurang jelas.

Setelah diterangkan maka M.R adalah singkatan bagi Malayan Railway. Ini adalah koleksi beliau yang memang antik dan nostalgia terhadap panggunaan Morse Code atau Telegraph secara meluas pada waktu itu.


Gambar dibawah pula menempatkan talian telegraph untuk perhubungan antara stesen-stesen dan perhubungan bila sesuatu tren gagal dalam seksyen. Di tiang itu sendiri terdapat nombor bagi memberi panduan kepada pemandu dan pekerja penyenggaraan.







Tidak banyak yang saya tahu mengenai keadaan sebenar pada masa itu, tetapi dengan sedikit pengetahuan ini sekurang-kurangnya kita tahu sejarah penggunaan sistem komunikasi menggunakan telegraph pada sistem pengangkutan iaitu Keretapi Melayu masa dulu.

Jika ada rakan-rakan yang lebih arif mengenai sejarah telegraph pada Keretapi waktu tersebut maka komen serta pandangan anda amatlah dihargai.

Thursday, September 17, 2009

Persediaan CW sepanjang HARI RAYA

Assalamualaikum,

Telah diketahui umum, Ujian CW kali kedua tahun ini akan jatuh pada 7 Okt 2009. Ini bermakna hanya tinggal 19 hari sahaja lagi persiapan dan persediaan perlu diatur dengan bijak sepanjang masa tersebut.

Dalam masa yang sama juga, musim aidilfitri masih lagi panas pada waktu tersebut dan sudah tentu bertimbun dengan jemputan rumah berbuka bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya. Ini memang sudah dijangka tetapi apa yang amat merisaukan saya bukanlah persiapaan hari raya atau sebagainya kerana setiap tahun kita akan beraya.

Yang meletakkan kerisauan saya ke tahap ke 4 dari 5 adalah ujian CW ini. Kerana ini sudah pasti adalah kali pertama berhadapan dengan ujian sebegini rupa.

Adakah saya benar-benar bersedia? Adakah kebimbangan ini juga dirasai oleh rakan2 lain?

Kata orang ....lebih banyak kita gementar bermakna lebih banyak kita bersedia. Akan tetapi selalunya gementar itu akan hilang apabila kita dapat menerima ayat pertama dengan baik. Perjalanan seterusnya pasti akan lancar.

Jadi...kesempatan ini juga, saya iaitu pemegang callsign 9W2PRO ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan memohon kemaafan sekiranya sepanjang perkenalan dan penulisan saya di dalam blog atau semasa kita rancak berbual terdapat beberapa rencah yang tidak sedap untuk ditelan atau dirasai hingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap diri saya ini.

Mudah-mudahan....kita akan diberkati sepanjang kita bersahabat melalui ruang udara komunikasi yang banyak mengajar kita erti persahabatan sebenar.

Berhati-hati semasa memandu pulang di HARI RAYA.

Saya akan berada di IPOH sehingga 22/09/09.