Penulis telah menerima sms dan panggilan dari 9w2TLB dan 9W2CIA berkenaan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada pagi sabtu @ 6/12/08. Kebetulan pula ramai antara ahli berdekatan telah sampai ke kampung halaman bagi persiapan Hari Raya AidilAdha. Disebabkan oleh kawasan komuniti wilayah V17 adalah yang paling dekat, kami diperlukan bagi menyediakan pusat komunikasi (Control) di HQ PBSM Jalan Ampang. Penulis sampai ke HQ PBSM jam 6.20pm dan seterusnya bersama beberapa rakan untuk menukar pusingan standby di pusat komunikasi sementara di Masjid Bkt Antarabangsa . Misi ini diketuai sepenuhnya oleh pihak Mares dan Presiden 9M2AU. Di dalam masa yang sama, pihak SCS telah mengosongkan penggunaan repeater dan memberi laluan kepada sukarelawan radio amatur menggunakannya sekiranya diperlukan. Terima kasih atas bantuan semua pihak.
KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI 1-2012
-
Salam Radio Amatur,
Dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan yang berminat untuk menghadiri
Kursus Persediaan bagi Peperiksaan Radio Amatur siri 1-2012...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment
Positive Comment