Tuesday, January 20, 2009

Fox Hunt - bukan permainan biasa

Sempat juga mempromosikan permainan ini pada rakan-rakan SCS di Lubuk Kawah. Walaupun pada masa itu tidak ramai yang sempat turut serta memandangkan agak lewat sampai ke lokasi tetapi sekurang-kurangnya 4 hingga 5 peserta telah menunjukkan minat terhadap permainan ini. Terima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput kami ke lokasi yang menarik.


Kebetulan pula rakan V17 9w2TLB turut dijemput sama bagi membantu memeriahkan bengkel ARDF tersebut. Pemerhatian saya menunjukkan ramai yang tidak tahu apakah permainanan ini dan tidak berkeinginan untuk mengambil tahu disebabkan oleh faktor dikatakan permainan biasa sahaja.


Bagi peminat radio amatur khususnya, jika kita merujuk buku " Guideline for Amateur Radio Service in Malaysia " mukasurat '8 dan 9' iaitu "Things You Can Do With Amateur Radio " . Salah satu aktiviti adalah menyertai acara ARDF ini atau Transmitter hunt games.

Biar saya ceritakan sedikit apakah maksud tersurat dan tersirat kenapa permainan ini menjadi penting dan sudah menjadi permainan sukan peringkat antarabangsa. Apakah faedahnya jika kita menyertainya? Sudah tentu itu yang akan menjadi persoalan bagi mereka yang baru mengenalinya. Bagi saya ianya adalah pakej permulaan bagi mereka yang berjinak dalam radio amatur. Kenapa saya katakan begitu?

1) Antena

  • Dari segi teknikalnya, kita akan belajar dan memahami apakah gunanya Antena Jenis Mengarah (Directional Antenna). Sebab untuk mengesan arah signal radio, kita memerlukan antena jenis ini kerana sifatnya yang dapat menumpukan signal radio dari sesuatu arah. Jadi lebih mudah kita mengesan kekuatan signal transmitter yang disembunyikan.

2) Receiver

  • Dapat memahami sebuah konsep penerima radio iaitu terdiri dari RF Amplifier, Mixer, Oscillator, Filter, IF dan AF Amplifier dan sebahagian unit lain yang berkaitan.

3) CW or Morse Code

  • Permainan ini juga memerlukan kita mencari dan mengenal bunyi CW seperti MOE,MOI,MOS,MOH dan MO5. Maka secara tidak langsung kita akan belajar dan didedahkan dengan Morse Code di peringkat awal lagi melalui permainanan ini.
  • Dapat juga kita menyediakan pelapis pemegang lesen kelas A.

4) Mencari dan menyelamat

  • Di negara lain, kebanyakkan dari mereka akan membawa bersama unit Pemancar beacon ke mana sahaja lokasi seperti dalam hutan contohnya.
  • Ramai juga yang tidak tahu HT Yaesu VX170 boleh digunakan sebagai beacon kecemasan dimana CW ID dan SOS akan dipancarkan sebaik sahaja diaktifkan. Ini jarang sekali diguna dan diketahui kerana kurang pendedahan dan dikaburi oleh kecanggihan teknologi komunikasi yang lebih canggih.
  • Begitu juga dengan kejadian Helikopter terhempas didalam hutan belantara. Jika sempat, mereka akan mengaktifkan beacon kecemasan sebelum terhempas. Dan dengan panduan tersebutlah maka anggota penyelamat cuba mengesan kedudukan mereka.
  • Jika setiap dari mereka dibekalkan dengan beacon kecemasan tersebut, sekurang-kurangnya peluang untuk mereka dijumpai amatlah besar dan menjimatkan masa agensi penyelamat.

Beacon mungkin boleh disediakan oleh ramai orang tetapi bagaimana pula dengan skil dan kemahiran mencari serta menyelamat menggunakan peralatan biasa seperti set antena (Kurang RM10) dan sebuah receiver atau Transceiver yang boleh didapati dengan mudah.

Ianya adalah aktiviti yang sihat kerana selain berlari untuk mendapatkan pemancar tersebut , kita secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesihatan kita. Jika berpasukan, kita akan dapat menguatkan semangat kerjasama berpasukan serta merapatkan silaturahim antara setiap penggemar radio.

Jika nak cerita banyak lagi, begitu juga dengan kami diwilayah V17 setelah menerima galakan oleh 9M2RS untuk turut serta dalam sukan ini barulah kami tahu apakah kebaikan yang kami perolehi seterusnya dapatlah kami berkongsi manfaat ini dengan sesiapa yang bergelar PENGENDALI RADIO AMATUR.




Click Here for antenna diagram

0 comments:

Post a Comment

Positive Comment