Tuesday, November 3, 2009

Erti hidup pada memberi

Bagaimana mahu menerima jika tidak pernah memberi bukan?

Bila memberi, tidak kiralah apa pun, berikan dengan senyuman kerana pepatah ada menyebutkan,

“Jika kita memberi tanpa senyuman, kita sebenarnya telah mengambil separuh daripada pemberian tersebut,”
Memberi itu luas maknanya luas. Dan boleh jadi juga memberi peluang untuk diri berubah, memberi masa dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja kebaikan, dan memberi apa-apa yang dirasakan boleh membuat hidup itu lebih bererti sebagai contoh topik CW yang hangat diperbincangkan kala ini.

Menjadi lumrah setiap perkara kebaikan yang cuba dilaksanakan pasti ada orang yang gusar dan tidak senang lebih-lebih lagi kita diletakkan sebagai kategori yang boleh dianggap rendah serta mentah. Kita perlu duduk dalam perspektif pemikiran yang lebih ideal , kita memberi maka secara tidak langsung kita menambah pengertian dalam hidup. Tapi memberi juga bukanlah segala-galanya tentang hidup.

Untuk memberi juga tidak perlulah diletakkan syarat tertentu yang membataskan usaha tersebut. Mungkin esok, lusa, sebentar lagi saya juga mungkin tiada lagi mampu untuk memberi maka diambil kesempatan yang ada ini untuk memberi supaya kita dapat juga menerima. Dalam agama juga menuntut agar kita sentiasa menuntut ilmu supaya pahala ilmu tersebut akan sentiasa dipanjangkan kepada setiap orang yang memerlukan.

Mungkin kita juga terlalu taksub dan lupa sesuatu bahawa kita mempunyai hobi yang sama dan bukankah kita di didik untuk mempunyai pemikiran yang ideal serta faham bahawa kita adalah sama tidak kira darjat seseorang itu. Seronok melakukannya adalah sesuatu perkara yang sangat diidamkan penggemar hobi seperti ini. Tidak semestinya kita lihat beliau yang berpakaian murah, hodoh, comot, air liur meleleh dianggap tidak mampu memberi. Maka kita secara automatik kita adalah seseorang yang memilih.

Teringat sangat kata rakan semasa dalam kelas RAE, " Dalam hobi ini kita bertuah kerana kita akan nampak tahap pemikiran seseorang itu dari setinggi-tingginya sehinggalah serendah-rendahnya ".

Kadang-kadang kita juga menerima dari orang yang serendah-rendahnya tahap pemikiran dan sebaliknya. Tidak pernah penulis menganggap diri sendiri lebih bagus kerana kelak kita juga akan malu. Terpulang sepenuhnya pada penerima samaada ingin terima atau tidak. Kita yang tentukan, tetapi sekiranya kita tidak dapat menerima maka cukuplah dengan menghargai orang yang memberi serta iringan doa agar ilmu tersebut dapat dimanfaatkan demi kebaikan semua.

1 comments:

mazru(9m2mzr) said...

Teruskan usaha untuk membantu rakan yg berminat dlm CW..dan selamat berjaya dlm 18 WPM

Post a Comment

Positive Comment